awal2 pagi aku dah bangun..bersolat subuh dan berdoa agar perjalanan untuk melakukan IUI ku ini berjalan lancar...tapi banyak betul rintangan yang aku lalui sebelum aku tiba di Infertiliti Klinik - HKL...suamiku terbangun lambat,..katanya naik motor lagi cepat sampai berbanding kereta..sudahnya kami tiba di HKL pada pukul 08.10am...ku tabahkan hati..tak perlu stress..
smpai di kaunter bayaran...aku terpaksa menunggu lagi...kali ini, system di sana pulak yang slow...aku dah mula tak sedap hati..dan pasrah...resit ku terima tepat pukul 08.15am..bermakna aku menunggu hampir 5minit..walhal sebelum nie, tak sampai seminit..resit bayaran telah ku terima...
08.20am:
setibanya di Infertiliti klinik..sudah ramai pasangan yang menunggu..suamiku diminta untuk mengeluarkan sperm...sperm suamiku ini kemudiannya akan di bersihkan..dan mereka akan mengambil sperm yang paling berkualiti sahaja untuk prosedur ini...untuk itu,kami kene menunggu selama hampir 1jam setengah..prosedur yang ini aku dan suami sudah sedia maklum..aku dan suami mengambil kesempatan untuk berehat..suamiku perasaan yang aku berada dalam keadaan stress..gara2 dirinya yang terbangun lewat..menyebabkan kami lambat tiba...tapi....pandai suami ku memujuk nak ambil hati ku semula..kami berbual hingga tak sedar jam menunjukkan pukul 10.15am
10.20
inilah kali pertama aku melakukan IUI..walaupun ramai rakan2 di forum (Ratuhati) mengatakan prosedur itu tidak sakit dan sekjap..tapi aku tetap berdebar..terbayangkan bagaiman agaknya..si "putera" berjumpa si "puteri",...tepat jam 10.50am namaku di panggil...aku diminta berbaring dan relaks...IUI ku ini dijalankan oleh seorang nurse terlatih di HKL...
muncung itik dimasukkan...tersentak sikit aku..sakit?sedikit.aku tarik nafas dan beristigfar semampu mungkin..sebelum menjalani prsoedur tersebut..nurse mendapati aku mengalami keputihan yang agak banyak..nah,..dugaan ku datang lagi..dalam hati terdetik..memikirkan samada prosedur IUI ini bleh diteruskan atau tidak...
"takpe..puan.kita bersihkan sikit yer..kemudian kita teruskan prosedur IUI"...Alhamdulillah..hatiku bersyukur...sempatlah aku dan nurse2 berborak..mata ku meliar melihat jarum yang akan dimasukkan ke vagina ku...
seorang nurse..meminta aku memastikan semula sebuah botol kecil ku kira sperm suamiku...yang tertulis namaku..dan nama suamiku...aku mengiyakan...
setelah itu...sperm itu dimasukkan ke dalam jarum yang akan disuntik ke vagina ku..perlahan2 nurse memasukkan..aku dapat merasakan aliran sperm tersebut..dalam masa yang sama ku bacakan doa Nabi Zakaria..tak smpai 5minit..prosedur IUI..sudah pun berakhir,..aku diminta untuk berbaring selama 20minit...
20minit :
20minit ini kurasakan berlalu begitu lambat..seorang diri..sunyi dibilik yang sejuk..aku tak berhenti2 beristigfar...berdoa..agar urusan aku dan suami dipermudahkan..setelah habis tempoh 20minit..nurse datang dan memberi ku slip untuk ambil ubat...
"puan,tunggu 2minggu yer..kalau peyed delay..check upt..kalau peyed turun..puan datang balik dan kita ulang prosedur yang sama" setelah mengucapkan terima kasih aku pergi pulak ke farmasi untuk mendapatkan ubat duphaston untuk aku makan selama 2minggu...
pada rakan2...yang mengenali diriku aku bermohon agar kalian mendoakan kesejahteraan aku dan berdoa agar IUI ku ini berjaya....
Diari kecil ini aku ciptakan sekadar untuk luahan hati...dan juga tatapan insan2 yang amat ku sayangi....juga perjalananku untuk menjadi seorang ibu..
Friday, May 27, 2011
Wednesday, May 25, 2011
Pubergen - 10pm
seperti yang aku pernah tuliskan di blog..malam tadi aku dah pun di inject tang montot..hehehehehe..erm,malu..segan yang teramat sangat..doktor yang tolong inject tu lelaki lah pulak...
09.00pm:ujan yang mencurah2 buatkan hati aku risau..yelah..sebab klinik area umah MIL aku tu semua nyer tutup pukul 9.30mlm.aku terpaksa pegi area yang jauh sikit..drive lagilah nampaknyer.padahal teringin jugak nak naik motor..lama dah tak merempit..hehehe
pas pickup en asben..kami pun mencari lah klinik yang paling berhampiran dengan umah MIL..adalah 1 klinik ni bukak smpai kul 10..pas asben aku tunjukkan surat dari GH, so mereka suruh kami datang balik kul 9.55pm..tik..tok..tik.tok..punyelah lambat mase bergerak..air yang aku minum pun dah nak abis..takut gak..dahlah 1st time..dan 1st time cucuk tang montot..agak2,sakit tak??hehehehe
9.55pm : aku dan cik asben jalan kaki je dari kedai tempat kami minum ke klinik..
cooler beg yang ku bawa..ku hulur pada nurse yang bertugas..(mekasih nurse)..tepat jam 10 doc panggil masuk..aduss..lelaki ker??ye..memang doktor lelaki..tadi pun aku lupe nak suh cik asben tanya doc yang bertugas lelaki ke pompuan..takpe berserah jer..selamat cik asben pun menemani aku sampai ke bilik doktor..doc suh aku baring..aku tanya "cucuk tang mana doktor..kalau perut boleh??"sambil tersengih2 doktor tu kate.."punggung ye..puan.."
dari jauh aku tengok cik asben duk menyeringai kat aku..perasan bini dia ni..penakut...
Alhamdulillah..dah pun kene cucuk..uh..kebas montot aku..nak jadikan cerita..masa aku nak kene inject tu..aku macam terkejut masa jarum tu diletakkan kat punggung aku..doktor tu cakap "relaks..tarik nafas..bismillah.."
amik kau..turun je dari katil tu..aku rasekan pedih sgt..kebas je montot aku ni..aduyai..pas mengucapkan terima kasih..cik asben memimpin aku kuar..selamat tak mahal. RM15 jer..
perubahan selepas aku di inject..aku rasakan dari mlm tadi sehingga waktu ni perut aku senak je..dan badan terasa panas...
esok..aku akan menjalani IUI..aku berharap agar kalian mendoakan kejayaan aku dan en asben..serta agar semuanya berjalan lancar esok..aku berharap agar aku mendapat berita yang gembira..Insyallah..
Nama Ubat : Pubergen
1 kotak : 5000mu disuntik 10,000mu.

Monday, May 23, 2011
Update susulan TVS..(Impian 3)
Asalamualaikum...
hari ni aku nak updated susulan tvs aku hari yang ke-14..macam biase aku diminta dtg pakal pukul 7.30...so,kali ni betul2 awal aku bangun..jammed yang amat teruk di Genting Klang..selepas bersiap dan solat subuh..aku kejutkan suamiku..ku cium tangan nya...dan meminta izin untuk pergi...
Setelah scan,telur ku yang satu itu (left) dah pun membesar 18mm..mengikut nurse aku dah boleh proceed untuk membuat IUI..Hatiku berdebar dan bersyukur yang teramat sangat...Alhamdulillah...Aku diminta untuk tunggu sementara keputusan dapat dinilai doktor...
setelah hampir 1 jam menunggu..aku pun diberi slip untuk ambil ubat..Ya..hari khamis aku diminta datang bersama suamiku untuk prosedur IUI...esok aku akan pergi klinik yang berdekatan untuk injection pecahkan telur ku yang dah matang itu..
Sahabatku Tasya : thanks for the cooler beg..akhirnya..aku menggunakan nyer jugak...
aku tau..changes kali pertama untuk IUI..tidaklah tinggi..tapi aku akan terus usaha dan berdoa..agar Allah perkenankan doaku..dan memudahkan urusan ku...Insyallah....

Sunday, May 22, 2011
Follower 'D' blog saya
Askum semua..saje aku nak mencoretkan jutaan terima kasih pada kawan2 dan org2 yang istimewa lam hidup aku yang sentiasa mengikuti blog aku samada melihat secara rawak...ataupun membacanye tanpa jemu..walaupun jumlah nya taklah banyak..tapi seakan2 bertambah..
aku menghargai kalian..dan berterima kasih.kalian terlalu istimewa...

Saturday, May 21, 2011
Dugaan - Allah Sedang Menguji Ku...
Pagi semua...hari ini aku nak bercakap mengenai ujian dan dugaan tuhan pada kita manusia..
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
aku sentiasa berdoa dan berharap agar dugaan yang menimpa pada aku ini,..akan dipermudahkan Olehnya..aku harus kuat dan tabah dalam meniti situasi yang amat berat bagiku..semoga apa yang ku lalui pada hari ini..akan mendapat balasan yang sesempurna mungkin..Insyallah..
aku akan terus berdoa,berusaha dan bertawakal untuk terus menjadi lebih tabah dan bahagia..Wallahualam...

Thursday, May 19, 2011
Update susulan TVS..(Impian 2)
pagi semua...hari ni aku nak updated skit susulan rawatan aku..hari ni dah masuk hari ke10 selepas aku makan clomid yang doktor bagi..macam biase pagi2 lagi aku dah kuar umah..tapi kali ni aku dari umah MIL.dekat sikit rasenyer...
sesampai di sana..erm,ramai jugak kawan2 senasib yang sedang menunggu..selepas scan..doc kate sebelah kanan ada telur tapi kecik2..kiri ada satu besar dalam 13mm...doc mintak aku datang balik hari isnin depan..maksudnyer hari ke-14...
aku harapkan semoga telur aku tu akan matang dan sihat...
dah nak otw g kat parking kete..aku lupe lak..aku cume ada satu note rm50.00..aish...aku dah risau..takkan aku nak byr gune duit nie..aku pun tebalkan muka kat akak tu..kak,saya takder duit kecik..dia kate..takper..u bagi siling saja...berapa ada...wah..rezeki sesangat aku pagi tadi..tapi malu sgt..mesti dia cakap.."eleh..takde duit kate lah takder duit".....nak parking free...hehehehe..
apa2 pun.terima kasih akak parking..isnin nanti kalau akak jage..saya bayar yer....

Saturday, May 14, 2011
Seandainya aku ada.......

Erm..cube tgk betul2 pic. tu..cute tak baby tu..sama tak muke..hehehehehe (berangan)..nama dia akmal..(adik sepupu) suamiku..
Tapi bila aku tgk..aku tatap balik gambar nier..tersentuh hati aku melihat teletah baby comel ni bersama2 husbend aku. senyuman dan renungan kasih sayang yang diberikan oleh husband aku pada akmal amat mendalam ertinya buatku...aku juga teramat bersyukur,kerana suami aku sentiasa memahami betapa peritnya yang aku lalui sepanjang aku bergelar isterinya..
terima kasih,atas pengorbanan dan kesetiaan yang telah kau curahkan buat aku.,Ridzuan.. terima kasih..kerana mengesat airmata aku dari jatuh..apabila hatiku tersentuh..terluka dan kecewa..
aku sentiasa berharap dan berdoa..yang satu hari nanti aku bakal bergelar ibu kepada anak2 En Mohamad Ridzuan..Ma sayang pa......
Subscribe to:
Posts (Atom)