Friday, May 27, 2011

IUI - 26/05/2011

awal2 pagi aku dah bangun..bersolat subuh dan berdoa agar perjalanan untuk melakukan IUI ku ini berjalan lancar...tapi banyak betul rintangan yang aku lalui sebelum aku tiba di Infertiliti Klinik - HKL...suamiku terbangun lambat,..katanya naik motor lagi cepat sampai berbanding kereta..sudahnya kami tiba di HKL pada pukul 08.10am...ku tabahkan hati..tak perlu stress..

smpai di kaunter bayaran...aku terpaksa menunggu lagi...kali ini, system di sana pulak yang slow...aku dah mula tak sedap hati..dan pasrah...resit ku terima tepat pukul 08.15am..bermakna aku menunggu hampir 5minit..walhal sebelum nie, tak sampai seminit..resit bayaran telah ku terima...

08.20am:
setibanya di Infertiliti klinik..sudah ramai pasangan yang menunggu..suamiku diminta untuk mengeluarkan sperm...sperm suamiku ini kemudiannya akan di bersihkan..dan mereka akan mengambil sperm yang paling berkualiti sahaja untuk prosedur ini...untuk itu,kami kene menunggu selama hampir 1jam setengah..prosedur yang ini aku dan suami sudah sedia maklum..aku dan suami mengambil kesempatan untuk berehat..suamiku perasaan yang aku berada dalam keadaan stress..gara2 dirinya yang terbangun lewat..menyebabkan kami lambat tiba...tapi....pandai suami ku memujuk nak ambil hati ku semula..kami berbual hingga tak sedar jam menunjukkan pukul 10.15am

10.20
inilah kali pertama aku melakukan IUI..walaupun ramai rakan2 di forum (Ratuhati) mengatakan prosedur itu tidak sakit dan sekjap..tapi aku tetap berdebar..terbayangkan bagaiman agaknya..si "putera" berjumpa si "puteri",...tepat jam 10.50am namaku di panggil...aku diminta berbaring dan relaks...IUI ku ini dijalankan oleh seorang nurse terlatih di HKL...
muncung itik dimasukkan...tersentak sikit aku..sakit?sedikit.aku tarik nafas dan beristigfar semampu mungkin..sebelum menjalani prsoedur tersebut..nurse mendapati aku mengalami keputihan yang agak banyak..nah,..dugaan ku datang lagi..dalam hati terdetik..memikirkan samada prosedur IUI ini bleh diteruskan atau tidak...

"takpe..puan.kita bersihkan sikit yer..kemudian kita teruskan prosedur IUI"...Alhamdulillah..hatiku bersyukur...sempatlah aku dan nurse2 berborak..mata ku meliar melihat jarum yang akan dimasukkan ke vagina ku...
seorang nurse..meminta aku memastikan semula sebuah botol kecil ku kira sperm suamiku...yang tertulis namaku..dan nama suamiku...aku mengiyakan...
setelah itu...sperm itu dimasukkan ke dalam jarum yang akan disuntik ke vagina ku..perlahan2 nurse memasukkan..aku dapat merasakan aliran sperm tersebut..dalam masa yang sama ku bacakan doa Nabi Zakaria..tak smpai 5minit..prosedur IUI..sudah pun berakhir,..aku diminta untuk berbaring selama 20minit...

20minit :
20minit ini kurasakan berlalu begitu lambat..seorang diri..sunyi dibilik yang sejuk..aku tak berhenti2 beristigfar...berdoa..agar urusan aku dan suami dipermudahkan..setelah habis tempoh 20minit..nurse datang dan memberi ku slip untuk ambil ubat...

"puan,tunggu 2minggu yer..kalau peyed delay..check upt..kalau peyed turun..puan datang balik dan kita ulang prosedur yang sama" setelah mengucapkan terima kasih aku pergi pulak ke farmasi untuk mendapatkan ubat duphaston untuk aku makan selama 2minggu...

pada rakan2...yang mengenali diriku aku bermohon agar kalian mendoakan kesejahteraan aku dan berdoa agar IUI ku ini berjaya....

4 comments:

  1. insyaAllah.. saya doakan sri berjaya tau!.. rilex.. doa banyak2..

    ReplyDelete
  2. hi kak syura,nih nurul..ingt tak?dlu junior kt asrama SGB.sama2 masuk team boria...:).adik angkat kak dayah.x sangka jumpa kt blog..kite serupa..still menunggu zuriat pemberian Allah.mudah2an usaha kak syura sukses!

    ReplyDelete
  3. sori dik..akak tak perasan lak..nanti akak tengok gambar..ye....

    ReplyDelete