Saturday, May 21, 2011

Dugaan - Allah Sedang Menguji Ku...

Pagi semua...hari ini aku nak bercakap mengenai ujian dan dugaan tuhan pada kita manusia..

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

aku sentiasa berdoa dan berharap agar dugaan yang menimpa pada aku ini,..akan dipermudahkan Olehnya..aku harus kuat dan tabah dalam meniti situasi yang amat berat bagiku..semoga apa yang ku lalui pada hari ini..akan mendapat balasan yang sesempurna mungkin..Insyallah..

aku akan terus berdoa,berusaha dan bertawakal untuk terus menjadi lebih tabah dan bahagia..Wallahualam...

2 comments:

  1. mudahan berkat ksbaran kita dberi pahala dan rezeki yg diharapkan dan yg x disangka2.amin

    sy doakan awk k?sama2la kita diberi ketabahan

    ReplyDelete