Friday, May 27, 2011

IUI - 26/05/2011

awal2 pagi aku dah bangun..bersolat subuh dan berdoa agar perjalanan untuk melakukan IUI ku ini berjalan lancar...tapi banyak betul rintangan yang aku lalui sebelum aku tiba di Infertiliti Klinik - HKL...suamiku terbangun lambat,..katanya naik motor lagi cepat sampai berbanding kereta..sudahnya kami tiba di HKL pada pukul 08.10am...ku tabahkan hati..tak perlu stress..

smpai di kaunter bayaran...aku terpaksa menunggu lagi...kali ini, system di sana pulak yang slow...aku dah mula tak sedap hati..dan pasrah...resit ku terima tepat pukul 08.15am..bermakna aku menunggu hampir 5minit..walhal sebelum nie, tak sampai seminit..resit bayaran telah ku terima...

08.20am:
setibanya di Infertiliti klinik..sudah ramai pasangan yang menunggu..suamiku diminta untuk mengeluarkan sperm...sperm suamiku ini kemudiannya akan di bersihkan..dan mereka akan mengambil sperm yang paling berkualiti sahaja untuk prosedur ini...untuk itu,kami kene menunggu selama hampir 1jam setengah..prosedur yang ini aku dan suami sudah sedia maklum..aku dan suami mengambil kesempatan untuk berehat..suamiku perasaan yang aku berada dalam keadaan stress..gara2 dirinya yang terbangun lewat..menyebabkan kami lambat tiba...tapi....pandai suami ku memujuk nak ambil hati ku semula..kami berbual hingga tak sedar jam menunjukkan pukul 10.15am

10.20
inilah kali pertama aku melakukan IUI..walaupun ramai rakan2 di forum (Ratuhati) mengatakan prosedur itu tidak sakit dan sekjap..tapi aku tetap berdebar..terbayangkan bagaiman agaknya..si "putera" berjumpa si "puteri",...tepat jam 10.50am namaku di panggil...aku diminta berbaring dan relaks...IUI ku ini dijalankan oleh seorang nurse terlatih di HKL...
muncung itik dimasukkan...tersentak sikit aku..sakit?sedikit.aku tarik nafas dan beristigfar semampu mungkin..sebelum menjalani prsoedur tersebut..nurse mendapati aku mengalami keputihan yang agak banyak..nah,..dugaan ku datang lagi..dalam hati terdetik..memikirkan samada prosedur IUI ini bleh diteruskan atau tidak...

"takpe..puan.kita bersihkan sikit yer..kemudian kita teruskan prosedur IUI"...Alhamdulillah..hatiku bersyukur...sempatlah aku dan nurse2 berborak..mata ku meliar melihat jarum yang akan dimasukkan ke vagina ku...
seorang nurse..meminta aku memastikan semula sebuah botol kecil ku kira sperm suamiku...yang tertulis namaku..dan nama suamiku...aku mengiyakan...
setelah itu...sperm itu dimasukkan ke dalam jarum yang akan disuntik ke vagina ku..perlahan2 nurse memasukkan..aku dapat merasakan aliran sperm tersebut..dalam masa yang sama ku bacakan doa Nabi Zakaria..tak smpai 5minit..prosedur IUI..sudah pun berakhir,..aku diminta untuk berbaring selama 20minit...

20minit :
20minit ini kurasakan berlalu begitu lambat..seorang diri..sunyi dibilik yang sejuk..aku tak berhenti2 beristigfar...berdoa..agar urusan aku dan suami dipermudahkan..setelah habis tempoh 20minit..nurse datang dan memberi ku slip untuk ambil ubat...

"puan,tunggu 2minggu yer..kalau peyed delay..check upt..kalau peyed turun..puan datang balik dan kita ulang prosedur yang sama" setelah mengucapkan terima kasih aku pergi pulak ke farmasi untuk mendapatkan ubat duphaston untuk aku makan selama 2minggu...

pada rakan2...yang mengenali diriku aku bermohon agar kalian mendoakan kesejahteraan aku dan berdoa agar IUI ku ini berjaya....

Wednesday, May 25, 2011

Pubergen - 10pm

seperti yang aku pernah tuliskan di blog..malam tadi aku dah pun di inject tang montot..hehehehehe..erm,malu..segan yang teramat sangat..doktor yang tolong inject tu lelaki lah pulak...

09.00pm:ujan yang mencurah2 buatkan hati aku risau..yelah..sebab klinik area umah MIL aku tu semua nyer tutup pukul 9.30mlm.aku terpaksa pegi area yang jauh sikit..drive lagilah nampaknyer.padahal teringin jugak nak naik motor..lama dah tak merempit..hehehe

pas pickup en asben..kami pun mencari lah klinik yang paling berhampiran dengan umah MIL..adalah 1 klinik ni bukak smpai kul 10..pas asben aku tunjukkan surat dari GH, so mereka suruh kami datang balik kul 9.55pm..tik..tok..tik.tok..punyelah lambat mase bergerak..air yang aku minum pun dah nak abis..takut gak..dahlah 1st time..dan 1st time cucuk tang montot..agak2,sakit tak??hehehehe

9.55pm :
aku dan cik asben jalan kaki je dari kedai tempat kami minum ke klinik..
cooler beg yang ku bawa..ku hulur pada nurse yang bertugas..(mekasih nurse)..tepat jam 10 doc panggil masuk..aduss..lelaki ker??ye..memang doktor lelaki..tadi pun aku lupe nak suh cik asben tanya doc yang bertugas lelaki ke pompuan..takpe berserah jer..selamat cik asben pun menemani aku sampai ke bilik doktor..doc suh aku baring..aku tanya "cucuk tang mana doktor..kalau perut boleh??"sambil tersengih2 doktor tu kate.."punggung ye..puan.."
dari jauh aku tengok cik asben duk menyeringai kat aku..perasan bini dia ni..penakut...

Alhamdulillah..dah pun kene cucuk..uh..kebas montot aku..nak jadikan cerita..masa aku nak kene inject tu..aku macam terkejut masa jarum tu diletakkan kat punggung aku..doktor tu cakap "relaks..tarik nafas..bismillah.."

amik kau..turun je dari katil tu..aku rasekan pedih sgt..kebas je montot aku ni..aduyai..pas mengucapkan terima kasih..cik asben memimpin aku kuar..selamat tak mahal. RM15 jer..

perubahan selepas aku di inject..aku rasakan dari mlm tadi sehingga waktu ni perut aku senak je..dan badan terasa panas...

esok..aku akan menjalani IUI..aku berharap agar kalian mendoakan kejayaan aku dan en asben..serta agar semuanya berjalan lancar esok..aku berharap agar aku mendapat berita yang gembira..Insyallah..

Nama Ubat : Pubergen
1 kotak : 5000mu disuntik 10,000mu.

Monday, May 23, 2011

Update susulan TVS..(Impian 3)

Asalamualaikum...
hari ni aku nak updated susulan tvs aku hari yang ke-14..macam biase aku diminta dtg pakal pukul 7.30...so,kali ni betul2 awal aku bangun..jammed yang amat teruk di Genting Klang..selepas bersiap dan solat subuh..aku kejutkan suamiku..ku cium tangan nya...dan meminta izin untuk pergi...

Setelah scan,telur ku yang satu itu (left) dah pun membesar 18mm..mengikut nurse aku dah boleh proceed untuk membuat IUI..Hatiku berdebar dan bersyukur yang teramat sangat...Alhamdulillah...Aku diminta untuk tunggu sementara keputusan dapat dinilai doktor...

setelah hampir 1 jam menunggu..aku pun diberi slip untuk ambil ubat..Ya..hari khamis aku diminta datang bersama suamiku untuk prosedur IUI...esok aku akan pergi klinik yang berdekatan untuk injection pecahkan telur ku yang dah matang itu..

Sahabatku Tasya : thanks for the cooler beg..akhirnya..aku menggunakan nyer jugak...

aku tau..changes kali pertama untuk IUI..tidaklah tinggi..tapi aku akan terus usaha dan berdoa..agar Allah perkenankan doaku..dan memudahkan urusan ku...Insyallah....

Sunday, May 22, 2011

Follower 'D' blog saya

Askum semua..saje aku nak mencoretkan jutaan terima kasih pada kawan2 dan org2 yang istimewa lam hidup aku yang sentiasa mengikuti blog aku samada melihat secara rawak...ataupun membacanye tanpa jemu..walaupun jumlah nya taklah banyak..tapi seakan2 bertambah..

aku menghargai kalian..dan berterima kasih.kalian terlalu istimewa...

Saturday, May 21, 2011

Dugaan - Allah Sedang Menguji Ku...

Pagi semua...hari ini aku nak bercakap mengenai ujian dan dugaan tuhan pada kita manusia..

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

aku sentiasa berdoa dan berharap agar dugaan yang menimpa pada aku ini,..akan dipermudahkan Olehnya..aku harus kuat dan tabah dalam meniti situasi yang amat berat bagiku..semoga apa yang ku lalui pada hari ini..akan mendapat balasan yang sesempurna mungkin..Insyallah..

aku akan terus berdoa,berusaha dan bertawakal untuk terus menjadi lebih tabah dan bahagia..Wallahualam...

Thursday, May 19, 2011

Update susulan TVS..(Impian 2)

pagi semua...hari ni aku nak updated skit susulan rawatan aku..hari ni dah masuk hari ke10 selepas aku makan clomid yang doktor bagi..macam biase pagi2 lagi aku dah kuar umah..tapi kali ni aku dari umah MIL.dekat sikit rasenyer...

sesampai di sana..erm,ramai jugak kawan2 senasib yang sedang menunggu..selepas scan..doc kate sebelah kanan ada telur tapi kecik2..kiri ada satu besar dalam 13mm...doc mintak aku datang balik hari isnin depan..maksudnyer hari ke-14...
aku harapkan semoga telur aku tu akan matang dan sihat...

dah nak otw g kat parking kete..aku lupe lak..aku cume ada satu note rm50.00..aish...aku dah risau..takkan aku nak byr gune duit nie..aku pun tebalkan muka kat akak tu..kak,saya takder duit kecik..dia kate..takper..u bagi siling saja...berapa ada...wah..rezeki sesangat aku pagi tadi..tapi malu sgt..mesti dia cakap.."eleh..takde duit kate lah takder duit".....nak parking free...hehehehe..

apa2 pun.terima kasih akak parking..isnin nanti kalau akak jage..saya bayar yer....

Saturday, May 14, 2011

Seandainya aku ada.......





Erm..cube tgk betul2 pic. tu..cute tak baby tu..sama tak muke..hehehehehe (berangan)..nama dia akmal..(adik sepupu) suamiku..

Tapi bila aku tgk..aku tatap balik gambar nier..tersentuh hati aku melihat teletah baby comel ni bersama2 husbend aku. senyuman dan renungan kasih sayang yang diberikan oleh husband aku pada akmal amat mendalam ertinya buatku...aku juga teramat bersyukur,kerana suami aku sentiasa memahami betapa peritnya yang aku lalui sepanjang aku bergelar isterinya..

terima kasih,atas pengorbanan dan kesetiaan yang telah kau curahkan buat aku.,Ridzuan.. terima kasih..kerana mengesat airmata aku dari jatuh..apabila hatiku tersentuh..terluka dan kecewa..

aku sentiasa berharap dan berdoa..yang satu hari nanti aku bakal bergelar ibu kepada anak2 En Mohamad Ridzuan..Ma sayang pa......

Sedetik Lebih Lirik - Anuar Zain









Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Wednesday, May 11, 2011

Update susulan TVS..(Impian 1)

salam sejahtera alllzz....nak updated sikit pasal TVS...yang aku kene pergi arinie..awal aku bangun hari nie..lam kul 6 macamtu..terlupe lak tak leh solat..amik kesempatan gosok baju Hubby untuk esok...settle semua..aku pun bersiap..ingat tak semalam aku macam nak taknak bawak beg cooler tu..worried kan..takut cyst masih ada..tapi aku gagahkan jugak..aku bawak,tapi aku taklah angkut g klinik fertility tu..aku letak jer lam kete..
aku sampai agak lewat..hehehehe..lam kul 8am..aku bayar register fee(rm5)..then g kencing..sebb kalau kite tak buat...nurse tu tetap akan suruh..untuk nampak lebih clear..ada ke tak telur atau cyst..or benda2 lain.nak menapak g toilet dahlah jauh...baiklah aku buat siap2..
nak jadikan cerita kan...doc aku pagi ni kurenglah moodnyer..boleh lak dia bantai borak dulu dengan nurse2 dia..aku laks nurse tu siap dah suh kangkang dah depan monitor..(upss..tersensored yer)dengan aircond lam bilik tu lagi..dah mula rasa nak terkencing balik..yang bestnyer..dalam doc tu marah2 nurse die..die leh senyum lagi pandang aku nier..fuhhh...lega...

so,doc tu pun jalankanlah tanggungjawab die...die pun check perut aku..aku pun nengoklah kat monitor tu sambil hatiku terkuma kamit membaca ape yang patut...aku rase aku tak nampak ketul2 macam cyst lam monitor tu...

tetiba..ok done..awak amik ubat yer..doc tu cakap..aish...aku nak tanya..die leh bantai lak cakap ngan nurse die..hurm..aku pun kuar ngan sugul..aku tak tau ape result aku kan...sedih pun ada gak..berdebar pun ada gak...takpelah..redha je..lam beberape minit kemudian..nurse panggil..dia bagi aku cam biaselah...kertas amik ubat..lam kepala aku..mesti ubat biase aku makan..eh..jap2..lain je tulisan doc kali nie..aku pun tanyalah pada nurse yang handle kes aku tadi.."ada lagi ke cyst nurse".."erm..takder dah rasenyer..doc dah suh awak proceed clomid...makan 2nd day peyed until hari ke-5 yer...pastu 19hb datang balik..."

dalam hati..tuhan aje yang tahu,,betapa aku bersyukur sgt2..terima ksih pada kalian yang mendoakan kesejahteraan diri aku..aku akan terus berusaha...dan Alhamdulillah

Tuesday, May 10, 2011

TVS - after 3 weeks waiting for it...

Entri aku terbaru....

Punyelah lama aku menunggu cik "P"...akhirnya hari ini dia dah pun datang..bermakna harapan aku untuk bergelar ibu..masih belum dapat ku kecapi...tapi alhamdulillah,..asalkan aku masih sihat..

nak updated sikit..setiap kali aku peyed..aku kene pergi buat tvs on 2nd day bile peyed..so..tghari tadi aku dah tepon HKL..memastikan aku boleh datang untuk tvs esok..awal2 pagi esok aku dah kene terpacak kat depan spital..

hopefully..aku sihat sejahtera...no more cyst...itu yang paling aku takuti...dan aku berdoa mudah2an...aku mampu proceed to do benda2 lain pulak..nak bawak beg cooler pun aku tak sure esok...sebab pengalaman yang lepas..bile aku bersemangat bawak..lain lah jadik nyer...entahlah..cume harapan ku..kalian doakan aku esok...semoga cyst bukan lagi penghalang buatku....Insyallah...

Monday, May 9, 2011

Nak Cantik??Dan Sihat??Meh kongsi info....

Salam sejahtera pada semua warga FB dan blogger...hari ni..nak updated pasal diet laks...rase2nyer ada tak mereka2 nak join aku berdiet..hehehehe..erm,memang terasa ingin nak berdiet..apatah lagi...cik 'p' tak nak jugak mai2...dah buat upt..biaselah -ve...nak g check doctor??macam malas jer...
tapi bila di pikirkan..nak sihat...aku kene gagahkan kaki aku ni melangkah masuk ke klinik...wat scan..ape yang aku risau..bile aku scan...aku takut cyst aku ni dah makin berkembang...agak2nyer nape yer..peyed nie tak mau gak mai2..set biodex aku hari tu tak abis lagi..ingat nak lah mula balik...cume perasaan nak pegi klinik tu takder...risau ade...kecut pun ader..
takper..aku redha..ini ketentuan tuhan..aku mesti kuat..nak pilih time jer ni nak g klinik..g minggu nie lah..so next week leh la..start berdiet..haahahaa..aku siap kumpul info cantik & diet sihat nie..ha.meh aku kongsi sikit2 dulu..kasi amik mood...ari nie aku kasik 2 tips diet dulu yer...

Tips diet sihat....

1. Mestilah kena senam...(adusss.....lemah lutut den..hehehehe)

Senaman yang boleh membantu..erm..tak kisahlah ape jenis senaman pun..asalkan tak mudarat yer..masa tengah bersenam tu...minum air sebanyak dan sekerap mungkin....sambil joging2..jalan2 tu.."dengau" lah mp3 untuk melekakan korang..manalah tahu kan...syok2 dengau lagu peberet..tak sedau dah jogging dari rumah sampai KLCC..hehehehehe...

2. Elakkan mengunyah di tengah malam(aik..macam eden jugak..hehehe)

Mesti amik sarapan,makan tghari,ngan malam..itu yang ponting..pastu duk kat meja makan tu..makan ngan tertib..ini tak..ngadap tv sambil makan...mano nak konyang...(aish..macam eden laie)
Waktu malam tu..agak2 bosan..carik gak aktiviti2 yang berfaedah..selain makan..(main cak2 ngan cik abang bole???)hehehehehe..
pas makan malam jer..terus gosok gigi...jangan gatal2 nak makan2 lagi...sayang ubat gigi tu..membazir...
Haaa..1 lagi..nak betulkan info yer..makan malam bukan penyebab berat badan naik yer...tetapi berapa banyak jumlah kalori yang masuk masa tu..ok...

Ok tak??so,ade sape2 nak join aku berdiet tak..kalau ade esok aku updated lagi yer..hehehehehe






Saturday, May 7, 2011

Menu makan tengahari

Salam 1Malaysia allzzz....Herm...masak ape tengahari nanti yer..Jam nak hampir kul 1 nier..jap lagi nak berangkat balik..al-maklum..keje kan hari nier..dari tadi duk cari2..belek2..resepi apa nak cube minggu nier...tomyam??cam dah selalu jer..benda tu jer simple kan..

Nasi ayam??cam menarik..tapi kami ber-2..buat banyak2 nanti sape pulak nak habiskan..jiran2 aku ni pemalu semuanya..semua jenis pintu bertutup je tak kirelah...pagi..tghari ptg ..malam..nak hantar..ketuk bagi salam pun kite lak yang segan...mane taknyer..mesti depa ingat aku nie.."adik manis mau beli karpet..saya kasi murah2 ajer"hehehehehee..adus melalut lakss...takper gelebek lagi...erm...masak simple2 elah kot..ikan bakar (leh berdiet kan)..kangkung masak belacan....ok lah tu..hehehehehehe...


huh..terbaekkk......

Friday, May 6, 2011

Hari Ibu....

Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat insan2 yang amat aku sayangi...Fitamah Binti Ali (Mum) dan Hamiyati Razali ( MIL). Buat bondaku...angah ucapkan ribuan terima kasih..kerana membesarkan dan mendidik angah dengan penuh kasih sayang...sehingga angah mampu berjaya menjadi seorang yang berilmu serta dewasa dan matang..Apa pun pandangan orang terhebat kita....biarkan sahaja...semoga mak lebih tabah menghadapi kehidupan ini..Insyallah..

Bila bercerita tentang "Hari Ibu" hatiku menjadi amat sayu..perkahwinan yang ku bina bersama insan yang amat ku sayangi..sudah pun menjangkau 3 tahun lebih..namun...kesedihan ini masih belum mampu ku ubati...aku masih belum mampu bergelar seorang ibu..aku belum mampu memberi gelaran nenek buat ibu dan ibu mertuaku...dan aku masih belum dapat mendengar luahan kasih sayang seorang suami dan anak kepadaku.."Selamat Hari Ibu"......teramat pedih..ye..aku redha dengan ketentuan itu..tapi........

aku hanya manusia...aku hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hati kecilku ini menangis..merintih..hanya dia yang mengerti..kepedihan yang aku rasai...semoga aku akan lebih tabah menghadapi dugaan yang aku pikul ini..semoga ada yang sudi dan memahami..peritnyer perasaan aku tatkala ini.....