Friday, May 6, 2011

Hari Ibu....

Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat insan2 yang amat aku sayangi...Fitamah Binti Ali (Mum) dan Hamiyati Razali ( MIL). Buat bondaku...angah ucapkan ribuan terima kasih..kerana membesarkan dan mendidik angah dengan penuh kasih sayang...sehingga angah mampu berjaya menjadi seorang yang berilmu serta dewasa dan matang..Apa pun pandangan orang terhebat kita....biarkan sahaja...semoga mak lebih tabah menghadapi kehidupan ini..Insyallah..

Bila bercerita tentang "Hari Ibu" hatiku menjadi amat sayu..perkahwinan yang ku bina bersama insan yang amat ku sayangi..sudah pun menjangkau 3 tahun lebih..namun...kesedihan ini masih belum mampu ku ubati...aku masih belum mampu bergelar seorang ibu..aku belum mampu memberi gelaran nenek buat ibu dan ibu mertuaku...dan aku masih belum dapat mendengar luahan kasih sayang seorang suami dan anak kepadaku.."Selamat Hari Ibu"......teramat pedih..ye..aku redha dengan ketentuan itu..tapi........

aku hanya manusia...aku hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hati kecilku ini menangis..merintih..hanya dia yang mengerti..kepedihan yang aku rasai...semoga aku akan lebih tabah menghadapi dugaan yang aku pikul ini..semoga ada yang sudi dan memahami..peritnyer perasaan aku tatkala ini.....

3 comments: